kompeni Delta

*Markas Rejimen 506 Askar Wataniah* *Batalion Kedua Kem Machang* *Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Unit Kokurikulum*

Thursday, March 30, 2017

Pada 29 Mac 2017 serama 95 orang anggota AWPKB mengikuti Proses Medikal bagi melayakkan mereka mengikuti Kursus Asas Darat (Sukarela) siri 2/2017 pada cuti akhir semester nanti iaitu 17/4-16/5/2015. Kursus akan diadakan di Kem Latihan Rejimen 506AW, Kem Sungai Durian, Kuala Krai, Krai, Kelantan




MENGIKUTI PROSES MEDIKAL KELAYAKAN KURSUS APMS (ASAS PERAJURIT MUDA (S))

Pada 27 Mac 2017 serama 95 orang anggota AWPKB mengikuti Proses Medikal bagi melayakkan mereka mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) siri 2/2017 pada cuti akhir semester nanti iaitu 17/4-16/5/2015. Kursus akan diadakan di Kem Latihan Rejimen 506AW, Kem Sungai Durian, Kuala Krai, Krai, Kelantan.



Monday, March 20, 2017

SAMBUTAN KONVOKESYEN OLEH GABUNGAN UNIT UNIFORM JSKKPKB

Pada 6hb hingga 9hb Mac 2017. Konvokesyen PKB kali ke 30. JSKK telah diberi tugas dalam acara sambutan iaitu Perbarisan dan pertunjukkan War Dance.
Telah disertai oleh Unit Uniform Askar Wataniah, Relasis dan Pispa.
Dalam Majlis ini juga diserikan lagi dengan Sukan Paintball Target Shooting dan Sky Runner.








KEM KEMANTAPAN PERSEDIAAN KONVOKESYEN JSKK

JSKK mengadakan kem Kemantapan Persediaan Konvokesyen bagi melatih anggota sukarela Askar Wataniah,Pispa dan Relasis.
Kem ini dapat melatih anggota dalam persediaan kawad kaki dan wardance.








Wednesday, February 22, 2017

KEM KEPIMPINAN AJK ASKAR WATANIAH PKB


30/01-01/02/2017- Program Kem Kepimpinan Askar Wataniah ke Gua Tempurung dan Bukit Larut di Ipoh dan Taiping, Perak yang melibatkan anggota sukarelawan dari unit uniform Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan alam sekitar. Selain itu, untuk  menanam sifat kerjasama dalam kumpulan dan melahirkan sikap keprihatinan peserta  terhadap sumber alam sekitar.
OBJEKTIF PROGRAM:

                                                i.            Pelajar yang mengikuti program ini bukan sahaja berpengetahuan  mengenai khidmat masyarakat dan sosial semata-mata sahaja,tetapi tetap peka dan cakna terhadap alam semula jadi juga.

                                              ii.            Pelajar yang Berjaya mengaharungi aktivit ini dilihat  lebih berdisiplin dan bermotivasi tinggi.


                                           iii.            Program ini telah Berjaya mewujudkan rasa keprihatinan dalam diri pelajar terhadap sumber alam dan masyarakat di sekeliling.

                                            iv.            Peserta telah menonjolkan semangat  berpasukan dalam setiap aspek pembelajaran secara tidak langsung.

Antara program yang dijalankan ialah:
                                 LDK (Latihan Dalam Kumpulan), Khidmat Komuniti membersih Surau Taman Lembah Kinta, Meneroka Gua Tempurung, Survival dan Jatidiri serta Hiking Cabaran Ketahanan Fizikal di Bukit Larut, Taiping, Perak.
                                Program disertai oleh AJK AWPKB sesi Dis 2016  seramai 30 orang dibawah seliaan Pn Elis Norazmaliza bt Ab Hamid dan Pn Noriah bt Mohamed Salleh.







Wednesday, October 26, 2016

Kem Kepimpinan Jawatankuasa AWPKB sesi Jun 2016

Kem Kepimpinan Jawatankuasa AWPKB telah diadakan pada 15-17 Sept 2016 bagi memantapkan Organisasi AWPKB terutama melancarkan perancangan setiap semester serta mengcungkil idea-idea baru untuk perancagan semester seterusnya. Tujuannya adalah bagi memantapkan AWPKB sepanjang masa.
Telah diadakan di Pulau Santuari Tasik Pergau, Jeli, Kelantan.



Program AWPKB Di Hati

PSR atau Polytechnic Sosial Responsibility atau lebih mudah disebut Khidmat Masyarakat sememangnya terdapat dalam sukatan Kursus Kokurikulum Askar Wataniah semester 3. Oleh yang demikian setiap semester Anggota Sukarela Askar Wataniah Politeknik akan mengadakan Khidmat Masyarakat bagi merialisasikan sukatan kursus kokurikulum tersebut.
Pada kali ini 28 September 2016, AWPKB telah mengadakan program di Rumah Anak Yatim Lilbanat, Banggol Judah, Machang, Kelantan.
Seramai 48 orang anggota telah menyertai yang mana aktiviti yang dilaksanakan ialah melukis mural ilmiah di dinding, Latihan Dalam Kumpulan, menanam pokok bunga di persekitaran bangunan, membuat pendawaian elektrik dan memberi sumbangan keperluan harian yang mana barang2 tersebut telah disedekahkan oleh staf dan pelajar PKB.

Kompeni Delta Bn 2, Rejimen 506 AW

*